Ozzy Osbourne Meninggal Dunia, Kehilangan Besar Dunia Muzik Metal
UNITED KINGDOM: Dunia muzik kehilangan salah seorang lagenda terhebatnya apabila penyanyi ikonik Ozzy Osbourne meninggal dunia pada 22 Julai 2025. Berita pemergian beliau disahkan oleh keluarganya melalui satu kenyataan rasmi.
Ozzy, yang terkenal sebagai vokalis utama kumpulan Black Sabbath, dianggap sebagai perintis utama genre heavy metal dan turut berjaya mengukir nama dalam karier solonya menerusi lagu-lagu popular seperti Mama, I’m Coming Home dan No More Tears.
Pemergian beliau meninggalkan kesan mendalam bukan hanya kepada industri muzik, malah kepada jutaan peminat di seluruh dunia yang membesar dengan suaranya yang unik dan berpengaruh.
Sejak kemunculannya pada tahun 1967, nama Ozzy Osbourne menjadi simbol pemberontakan dan cerminan sisi gelap jiwa dalam dunia muzik rock dan metal.




